Khamis, 16 Jun 2011

tsunami melanda GD-2-6

selama seminggu tsunami melanda GD2-6...
akirnya semalam segala sakit hati, kecik hati n ketidakpuashati yg berlaku dpt di leraikan...
terima kasih kpd yg bersungguh2 ingin kn mencari pendamaian d antara kami...
jika tidak kerana usaha mereka semua, maka GD2-6 mungkin akan berpecah belah, 
hanya kerana tidak puas hati antara kami...
kini, 2 group yg berpecah telah kembali menjadi 1 group yg saling bersama tidak kira suka mahupun duka...
walaupon perkenalan kami tidak lama,
tp cukup dgn memori indah...
suka n duka bersama...
jeles, kecik hati n berdendam tidak ada lagi dlm hati kami...
yang ada kini hanya semangat untuk teruskan cabaran kami dlm pertandingan teater muzikal..
kami harapkan kemenangan dlm pertandigan ini....
bersama menyambut besday, berkelah d tanjung balau, n mkn besar ....
mintak2 kenangan nie akan terus kekal sepanjang 3 tahun kami d sini..
n harap pasnie, segala kecik hati, dendam n perasaan yg x puas hati dpt d selesaikan bersama
tanpa bantuan pihak ketiga...




pe2 pun GO! GO! CAYO KPD GD2-6!!!!!

Khamis, 9 Jun 2011

mmg syokkkk...!!

hargailah, cinta yg ada d depan mata.....
jangan biarkn dia berlalu baru kter tahu menghargai sebuah kasih sayang...

cinta??? hayati nya laa....

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.











Rabu, 8 Jun 2011

institut sains dan teknologi darul takzim...
tmpt yg baru, keadaan yg baru, suasana yg baru, kwn yg baru semuanya baru.....
hmmm, kini dh sebulan lbh aq kt instedt...


masa berlalu begitu pantas, kini aq giat berlatih utk pementasan teater musical yg pertama....
tiap2 hari berlatih, penat tol..
mana nk siapkn assigment, perangai bdk2 nie kdg2 menyakitkn hati gak...
tp sabar jelah, selagi blh sbr....
hmmm.....
tp kdg2 best gak... diaorg nie semua sporting semua...
adakalanya kterorg g picnic sama2...
org kta sambil myelam minum air...
sambil picnic, sambil 2 kterorg tenangkn pkran n cri idea utk teater kterorg....


pe pon... mmg enjoy la dgn diaorg....
hehehe..

Ahad, 17 April 2011

cinta idaman

sehingga masa dan saat ini, aq msih menunggu dan mencari2 seorg yusof, yg mampu membimbing aq sebagaimana yusof membimbing zulaikha nya.. aq zulaikha yg mencari yusof nya... kisah cinta nabi yusof a.s  dan zulaikha menarik minat aq utk melalui alam percintaan mgikut cara islam, cara yg diredhai oleh NYA... 

                  kisah cinta nabi yusof & zulaikha..


   Al Quran menceritakan dengan indah kisah cinta Nabi Yusuff a.s dan Zulaikha sehingga dirakamkan dalam surah yusuf. Nabi Yusuf a.s terkenal dengan anugerah ketampanan yang luar biasa. malah ia turut disertai  bersama keperibadian baginda yang mulia. Walaupun anugerah berkenaan menzahirkan kehebatannya, tidak sesekali menjadikan Nabi Yusuf lupa diri apatah lagi berbangga kerananya.



  Zulaikha, isteri kepada menteri Al Aziz menaruh perasaan cinta terhadap Nabi yang handsome itu.. walaupun beliau sedar, usianya jauh berbeza, namun beliau merasakan dirinya masih seOrang yang rupawan.

  Perasaan cinta Zulaikha membuak-buak sampai ke kemuncaknya apabila sanggup menduakan suaminya sendiri dengan menawarkan dirinya kepada Nabi Yusuf a.s. Bagaimanapun, usahanya tidak berjaya kerana cinta agung Baginda kepada Allah SWT sangat kukuh. Akhirnya Baginda dipenjarakan. Tinggallah Zulaikha memendam cinta dan rindu kepada baginda...

   Akibat terlalu mencintai dan merindui Nabi Yusuf a.s, Zulaikha mula hilang pertimbangan. beliau menjadi separuh gila sehingga memaksa sang raja menceraikannya. walaubagaimanapun, mulutnya tidak berhenti dari menyebut nama Nabi Yusuf a.s pujaan hatinya.. Betapa hebat penderitaan yang ditanggungnya. 

    Hari berganti hari, Zulaikha yang rupawan bertukar menjadi seOrang perempuan yang tua huduh. Akibat panahan rindu yang sangat mendalam terhadap baginda, matanya pula buta kerana banyak menangis, serupa laa dengan musibah yang menimpa kasim selamat.

     Namun,setelah hampir 12 tahun nabi Yusuf a.s dipenjarakan, baginda akhirnya diangkat menjadi raja kerana mukjizatnya yang bOleh menafsir mimpi..

     Atas kehendak Allah SWT yang kasih kepada makhluknya, lantas Zulaikha dipulihkan. wajahnya kembali muda dan semakin cantik rupawan persis ratu yang jelita. Akhirnya, Allah SWT mewahyukan Baginda agar mengahwini Zulaikha. 

       Namun, Zulaikha yang dikahwini Nabi Yusuf bukanlah Zulaikha yang dulu. Zulaikha yang dahulunya merindui Baginda telah berubah menjadi wanita sOlehah yang sentiasa beribadah dan mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.

     Hari harinya hanya untuk bermunajat kepada Allah SWT, menyesali atas kekhilafannya dahulu. masanya hanya untuk Yang Esa sehingga terlupa akan tanggungjawabnya sebagai seOrang isteri. Begitulah asyiknya Zulaikha mendekatkan dirinya dengan Allah SWT serta menginsafi dOsa-dosa yang pernah dilakukannya sebelum ini. 


hurm..lihatlah betapa cinta yang dulunya terbit dari nafsu dapat dipadamkan apabila beliau mula mengenal cinta hakikinya hanya untuk Allah yang Maha Berkuasa. Zulaikha menyedari..kemuncak cintanya yang kekal akan muncul di akhirat kelak, pertemuan indah dua jiwa yang beriman penuh asyik dan rindu akan ditemuinya di Syurga abadi..

Di ruang ini juga, ingin saya sisipkan potOngan dOa dari Rasullah SAW yang saya kira ianya elOk untuk dikOngsikan bersama.

"ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang  membawa daku menghampiri-Mu..

Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi Orang yang kehausan.. ya Allah, sesungguhnya aku memOhon cinta-Mu, dan cinta Orang yang mencintai-Mu, dan cinta yang dapat mendekatkan aku kepada-Mu..

ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai..

Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.. ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan..




ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai para malaikat-Mu, Rasul-Mu, dan hamba-Mu yang sOleh... ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.."










Rabu, 23 Mac 2011

masalah selalu...

makin dekat waktu aq nk sambung bljr, mkin bnyk mslh yg terpksa aq hadapi n aq kena settlekn...
dlm msa yg sama gak, mcm2 bnda yg terjadi dgn diri aq nie....
dlm aq x sedar, mgkin ada hati yg aq lukakn dgn sikap n perangai aq nie....
tp aq rsa penat utk cuba membahagiakn org lain..
sedangkn hati n perasaan aq x de siapa yg tahu....
aq harap sgt segala kekusutan n mslh yg aq hadapi nie, aq dpt selesaikn seblm aq sambung bljr nanti....
aq x nk mana2 hal yg remeh mengganggu aq....
aq nk tumpukan sepenuh perhatian kpd pljrn...
aq nk jatuh cinta pada ilmu yg aq kejar...
walaupon kenangan lalu masih d ingatan aq, tp aq tau dia lbh berhak utk memilih yg terbaik bg yg terbaik....
aq doakn dia bahagia dgn org yg mampu bt dia tersenyum.....
sekarng aq nk cuba utk bt org lain gembira, n kesedihan aq biar aq jerr yg tau...
so, pasnie kte msti senyum n epy!!!!
smmileeeee!!!



Isnin, 21 Mac 2011

AnTi @ TaKuTT???

korang mesti pelik dgn tajuk kt atas 2 kn...???
aq yg alami benda nie lg plikk...
x tau nk bt pe.....
aq bkn laa anti sgt dgn haiwan2 nie.....
kdg2 haiwan2 nie comel gak ble aq tgk....
mcm nk pluk2 jerr ble tgk haiwan2 peliharaan yg cute2 nie...
tp mslhnya, aq x berani nk sentuh, peluk, pe ntah lg nk bermanja2 dgn benda2 yg comeii...
nk kta aq takut, x laa sgt....
nk kta fobia, pon x gakk....
aq pon xtau pe mslh aq nie.....
kdg2 aq jeles gak , ble tgk org lain main2 dgn kucing peliharaan mereka...
ada 2 yg besar2 mcm garfield.....cute lakk 2...
aq mcm nk mik jerr kucing 2 bwk blik umah...
tp mslh aq skrang, aq nie takut dgn kucing, mcm ne aq nk pegang haiwan peliharaan yg cute nie..???
klu aq g umah saudara aq, yg ada bela kucing....
aq sanggup dduk jauh sebatu dr kucing ....
klu kucing 2 dtg dekat dgn aq (knonnya nk mik perhatian aq laa 2)
aq sanggup bt larian 4x100m utk jauh dr kucing ....
klu aq tgh mkn, kucing ada lakk kt bwh meja, aq sanggup jdk raja ddk atas meja 2 walaupon meja 2 x blh nk tampung berat bdn  aq niee....
klu kucing 2 naik lakk ats meja, aq sanggup trun pangkat ddk bwh meja...
biar kucing 2 merasa jdk raja lakkk....
hehehe....
hmmm, plik2...

Klu korg nk tau aq bkn jerr seriau jerr dgn kucing, tp dgn haiwan lain pon aq takut gak nk sentuh....
konon nk bela ikan.....
ble dh bela, aq tkt lakk nk sentuh ikan.....
sebab 2 aquarium kt umah aq jarang cuci.....
nie bkn kes malas, tp kes tkt nk alihkn ikan2 nie.....
tkt sgt aq nk pgg ikan 2.....
last2 mak aq bising, dia kta klu aq x nk cuci aquarium 2, dia nk bg ikan2 nie kt org lain....
so, ats dasar kemanusiaan yg still ada dlm dri aq nie....
aq pon sedekah laa ikan2 aq nie kt org lain....
mana laa tau, ble berpindah kt umah bru, ikan2 ksygan aq nie dpt jmpa cinta sejati lakkk kn....
dpt ckit aq phala cos ikan2 aq nie dpt biakkn spesies mereka..... 
hmm... aq pon x tau sampai blerr la, penyakit plikk aq nie akan berakhir.....
mngkin aq kena bt camping 5hari 4 mlm tinggal dgn haiwan2 nie kot, bru laa aq berani nk sentuh haiwan2 yg comeiiii.....